|
Bahasa: EN | BM |

About Us

Tentang Kami

New Chen Motor Credit Sdn Bhd

New Chen

Tahun 1977 telah menjadi penanda permulaan kisah perjalanan New Chen Motor Credit Sdn Bhd dalam industri motosikal di Malaysia. Walaupun perjalanan ini bermula dengan langkah yang sederhana, namun kami bukan sahaja dapat bertahan selama lebih 45 tahun dalam industri ini, malah kami terus berkembang dari segi kepakaran dan daya saing seiring dengan peredaran masa sehingga pada hari ini menjadi jenama peneraju yang dihormati dalam industri perdagangan & perkhidmatan motorsikal. Di bawah pimpinan dan bimbingan pengasas kami, Dato’ Sri di dalam pasaran. Dato’ Indera Chen Kim Hock JP, yang mula menimba pengalaman beliau semenjak usia 10 tahun sebagai perantis juruteknik motosikal, telah menyalurkan semangat serta pengetahuan luas beliau yang membentuk visi dan misi New Chen Motor kearah pertumbuhan dan kejayaan kami di dalam pasaran.

Tentang Kami

New Chen Motor: Suatu Perjalanan, Satu Penanda Aras.

Revving Up

Bermula dari kedai papan kecil di Jalan Tebrau, jenama perniagaan kami telah berkembang melalui kerjasama strategik dengan jenama-jenama utama seperti Guan Hoe Suzuki (1980), Boon Siew Honda (1982), Kawasaki Motors (1983), Hong Leong Yamaha Motors (1993), dan Modenas Malaysia (1996). Komitmen kami terhadap perkembangan inovasi perniagaan motosikal dapat dibuktikan dengan kejayaan pembukaan bilik pameran Suzuki pertama kami pada tahun 1980 serta bilik pameran Kawasaki di tahun 1983. Kami juga telah membina bilik pameran berkaca penuh Modenas yang pertama di Malaysia pada tahun 1986. Langkah cemerlang New Chen Motor diteruskan apabila diberikan kepercayaan untuk membuka Bilik Pameran Honda 4S pada tahun 2006 dan pada tahun 2023, satu penanda aras tertinggi pernah dicapai New Chen Motor dengan pembukaan rasmi cawangan Yamaha Lifestyle Zone, yang pertama seumpamanya di zon selatan Malaysia. Yamaha Lifestyle Zone 1 New Chen Motor Credit Sdn Bhd merupakan sebuah cawangan premium Yamaha, didirikan dalam kawasan rumah kedai empat tingkat yang memuatkan bilik pameran eksklusif motosikal Yamaha, Pusat Servis Yamaha dengan 12 ruang servis motosikal berlif, Genblu Cafe, ruang pameran aksesori dan cenderamata eksklusif Yamaha serta ruangan muzium motosikal di tingkat kedua bangunan. Yamaha Lifestyle Zone telah menjadi satu dimensi baru dalam dunia perdagangan motosikal di Malaysia.

Tentang Kami

Kejayaan, Keunggulan, dan Komitmen Kami

A Journey

Diantara kejayaan kami yang paling manis sepanjang penubuhan New Chen Motor adalah dengan mencatatkan jualan tertinggi di kalangan pengedar motorsikal bagi model motorsikal Modenas sewaktu era ‘90an. Dengan kewibawaan pengasas New Chen Motor, Dato’ Seri Dato’ Indera Chen Kim Hock, pada hari ini, kami telah berada pada tahap yang amat membanggakan apabila jenama kami telah menjadi penanda aras dan rujukan bagi industri jualan dan servis motosikal. Kejayaan yang telah kami kecapi menjadi pemangkin untuk New Chen Motor terus menggapai kejayaan sehingga kami diiktiraf sebagai pengedar Yamaha terbesar di wilayah Selatan. Sebagai satu-satunya Yamaha Lifestyle Zone di wilayah selatan Malaysia, kami telah dan akan terus mencurahkan dedikasi kami kepada jenama Yamaha. Kami juga menyatakan komitmen kami dalam memberikan pengalaman Yamaha yang sebenar kepada setiap pelanggan kami. Keupayaan, usaha, dibantu dengan rekod kecemerlangan kami semenjak hari pertama operasi kami meletakkan kami dimana kami berada sekarang seiring dengan perkembangan integriti, inovasi industri serta kepercayaan para pelanggan kami dan inilah yang membezakan kami sekaligus meletakkan kami di hadapan pesaing-pesaing kami.

Tentang Kami

Warisan Kebanggaan

Legacy

Kami menjunjung legasi kami dan amat menghargai setiap langkah perjalanan kami sebagai pengalaman yang membantu mendewasakan kami dalam dunia motosikal. Semangat serta dedikasi kami selari dengan objektif kami sejak sekian lama, mendorong kami untuk kekal di landasan yang tepat sehingga ke hari ini dan akan berterusan ke masa akan datang.

VISI
Menjadi jenama peneraju dalam industri jualan dan servis motosikal dengan menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan, memastikan para pelanggan kami mengalami pengalaman terbaik di setiap tunggangan. Kami menyasarkan piawaian baru sebagai ketetapan mutu jualan dan servis kami dan memastikan perkhidmatan kelas pertama adalah standard yang perlu diberikan kepada setiap pelanggan kami.
MISI
Misi kami adalah untuk memastikan kami sentiasa menawarkan khidmat pelanggan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Dedikasi kami dalam menjamin kualiti, kemahiran dan pengalaman terbaik untuk para pelanggan kami seterusnya dapat mengubah standard baru lanskap perkhidmatan dan jualan motorsikal ke arah perkhidmatan kelas dunia. Senyuman dan kepuasan anda adalah standard perkhidmatan kami.
//